Friday, 16 March 2012

LAGU LAMA






Membintang timur masih
Cahaya itu di wajahmu kasih
Terpesona seisi alam dunia
Membangun jiwa membangkit rasa

Walau didatangi taufan gila
Walau dihujani jatuh ke pasir
Walau iramanya tak sehala lagu
Nyata kau tetap lagu lama

Irama itu yang digilai
Lantunan merdu buluh perindu
Memukau pada sang mendengar
Hilang hayat padamlah jiwa

Hilang kabus teduhlah hujan
Walau hukum semakin terik
Hilang tak tercari-cari
Lulus tak pula berselami

Kan tetap pada lagu lama
Esa hilang dua terbilang
Takkan hilang melodinya sama
Sehingga tercapai hajat dibayang..

17 mac 2012/ Banting


Thursday, 2 February 2012

=SUARA=


Banyaknya suara
Suara oh suara
Tak berhenti berkalam
Sungguhlah bagai dikata
Manusia dalam kerugian yang nyata

Habis satu-satu
Dari hal kamar hingga ke isu semasa
Semua jadi bahan bualan
Ralit hingga tak sedar apa

Adakah kan peduli
Adakah kan sedar
Kau diambang bahaya
Selagi kau ditokok lama
Itulah manusia berhati dunia

Bagi yang tahu
Bagi yang merasa
Tiada sesaat rasa sesal
Akibat perbuatan dianggap noda
Zahirnya kelam
Batinnya bersinar banar
Yang leka teruskan leka
Seronok dalam dunia khayalan
Yang kenal teruskan kenal
Asyik dalam dunia impian
Walaupun di alam nya sama

Wednesday, 1 February 2012

SINARMU...






Cahaya mentari di ufuk barat
Terbitnya dinanti kuharap
Pendamnya dihiba ku duka
Gelaplah alam sunyilah jiwa
Menanti terbit semula jadinya

Satu sepasangan disatukan
Melayari bahtera sinarnya hayat
Dambakan cahaya mata jadinya
Buat melengkapi laluan bahtera

Oh sinarmu
Walau apa pun jua caranya
Apa pun jua keadaannya
Kehadiranmu amat dirasa
Oh dirasa

Walau terbit dari sumbunya pelita
Walau nyalanya dari suluhan lampu neon
Dah namanya sinar menyinar
Tetap memancar menyinari alam

Manakah dia sang sinar utama
Pembuat suluh, benderang qalbu
Tempat  gulita mustahil disuluh
Hanya mantera sucinya kalam
Tersembunyi di balik denyut qalbumu,
Terdiam rapi menyerlahi akarmu

=PERTEMUAN=





Hembusan sang bayu
Tenang nan mendamai
Fikiranku melayang nun ke sana
Ingin membawa zahir bersamaku

Teringin pada pertemuan pertama
Waktu ku dicuit serumu
Membuat hati rasa dahaga
Takkan puas tiada akhirnya

Hati meronta ingin bertemu
Melangkah menyusuri haluan diri
Mengharap bertemu dikau kumohon
Agar kembali tenang oh diriku

Selagi kau tiada ku temui
Ibarat lautan hilang derunya ombak
Kosong rohani kosong nurani
Apa yang tinggal semuanya sepi

Hanya mimpi mainan diri
Pengubat luka rindu berapi
Walau mimpi dianggap mimpi
Yang realiti sebenarnya mimpi

Akan ku tahan dahaga ini
Walau berhabisan air di tanah ini
Kerana pertemuan sanggup ku  nanti
Walau tikanya hanya kau yang pasti
9/9/11

=APA SEBENARNYA=




Aduhai insan
Ada masa kau gumbira
Yang pedih telah kau abai
Seperti dunia engkau yang punya

Alahai insan
Pakaimu maunya elok
Serba baru dan menawan kalbu
Padahal yang paling berarti
Itu yang telah kau bazirkan

Hanya yang sedar dan ditaufiq
Sengaja menghina dan dihina
Menambah yakin pada tahqiq
Susah tak kesah
Senang tak heran

Apa sebenar mahumu
Rupa yang elok pakainya molek
Asal dipuji mulalah naik
Asal dikeji mulalah penyek

Kembalilah jiwa kembalilah
Pada pemilik insan yang kamil
Pakailah pakai mu yang asal
Tak tertanggal takkan lusuh
Walau tertanam sejuta kurun
Pakaian itu pakaian rahsia
Rahsia dari dirimu jua
Pakailah oh pakai
Kembalilah oh kembali 

 KL /2011