Detik-detik nestapa
Tak berpeluang masa bernafas
Tak sempat menahan rasa
Derita telah disabda
Sedari awal terbitnya
Janji takkan dapat diubah arah
Hiruk pikuk sedunia
Kedengaran sebingit guruh
Segalak penasaran tsunami
Walau hanya mengejar musim
Yang terbit berkala beraturan
Lupakah dunia ini bertuan
Nyatanya jihad bagimu
Nyatanya anugerah bermakna
Takdir disatu dalam kecamuk
Tanda berwarna merah itu
Bersaksi dihadapan walimu
Sejahteralah kaulah pilihan
Sabda agung satukan rasa
Kau tak kenal derita bunyinya
Menyelamlah ke lautan azimat
Sejuk membeku seantero jasad
Disitukan temui wajah asal
Tenang mendamai pasti kau julang
Musnah segala kelopak bangsa
Buat pertahanan kelangsungan
Terpacul peluru meredah ruh dan
jasadi
Terkesan epilog berkelam sejarah
Jangan dipandang sebegitu rupa
Ulat tak guna bakalan menjadi
Makhluk terindah penawar duka
Gilanya angkara pemusnah
Merobek meratah memangsa
Menindas makhluk seperti mereka
Takkan ada pengakhirannya
Kesudahannya ke jahannam
Dan engkau bagaimana?
Dedikasi Aksara memilu Mesir
15 Ogos 2013

No comments:
Post a Comment