Friday, 28 June 2013

kopi puisi



Ku sedar kau kasih
Jarak antara kita tidakkan pernah wujud
Teganya aku asingkan
Membatasi hawa suci cinta
Yang dibina teguh beralaskan azimat indah

Sempatkahku hirup aromamu
Laluku berdaya teguk manismu
Walau pahit berkalong derita
Kaulah hakikat nikmat azimat
Penyembuh luka amukan jiwa

Apabila tiba waktu bersemuka
Akanku luahkan gugusan cinta
Nyata hanya untukmu saja
Terimalah aku seadanya

Jangan dikhilafi pandanganku
Gelapmu butakanlah
Aromamu sebarkanlah

Nikmatmu curahkanlah
Hatta hampasmu lumurkanlah
Padaku si pemuja cinta
Keji diiring manusia
Bahkan indah di hati nurani.

Monday, 24 June 2013

LaLuAn INI..




Seperti sekala keadaannya laluan ini
Tiada berubah dari mula kewujudan
Sehingga habis hayatnya bernafas
Akibat rombakan pembangunan lestari
Janji dunia yang ingin membangun diri

Di laluan ini juga
Aku dan dirimu sentiasa lalu
Seiring denyut nadi yang bertawaf kenchang
Terkadang terkandas melonglai lemah empunya diri
Ramai yang terus terhenti tak mahu berganjak
Akibat tak endah tak cinta tak rindu
Pada jalan penuh jasa seluhur budi

Di laluan ini kita sering menyapa
Bergembira berseloka tentang nafsi
Tapi apakah semua itu turut sama dirasai
Oleh pandangan penunggu jalanan ini
Hati-hati melalui jalan ini kawan
Hati-hati mengguna ia sebagai jambatan abadi

Walau terelak dari runtuhan awan
Belum tentu terselamat dari simbahan air jalanan
Jangan dihampiri rapat jalan ini
Jika takut diri dibasahi
Basahnya mustahil untuk diredakan
Oleh hawa panas dunia biasa
Melainkan kau ketemu mentari 
Asalnya
Menghapus segala basah yang ada

Saturday, 22 June 2013

OLAHAN CINTA



Aku sering kesepian
Mengejar bayang –bayang cintaku
Mencuba menumpah kasih
Pada dia insan yang aku jumpa
Diranting harapan berbicara
Kini ku telah mengerti
Aku hanya membuang waktu
Dia penyebab parah lukaku
Sehingga membiarkan kau ditepi
Ku yakini kaulah hati
Mekar sudah kuntum hati
Dihujani titis cinta kita
Dan kau sering singgah disisi
Menata episod berdua bersama
Ku tafsiri inilah hakiki
Kisahku henti disini
Bersama dia penduga cinta
Menabur janji menerkam hati
Aku bebas dari cengkaman
Dan datang kau sebagai pengganti
19 Jun 2013

Saturday, 1 June 2013

TaBiR CiNtA ^^



TABIR CINTA

Telah lama ku diam
Bertahun ku tahan
Walau wajahmu tak ku bayang
Walau kalammu tak ku sapa
Nun di balik warna awan      
Tersirat sejuta angan

Itulah dia tabirnya,
Itulah dia helahnya
Menebal nipis sesuka maunya
Duhai kaseh bukankanlah
Duhai jiwa hancurkanlah
Tabir penghalang cinta ini
Agar terlepas segala duka
Agar terlaksana segala cita

Maka benderanglah nilam sari
Terbuka segala sirri
Masyhur  pada qalbu ini
Walau hidup berteman sepi
Tiada lagi tabir cinta ini.

~ 26 jan 2012 ~