Seperti sekala keadaannya laluan ini
Tiada berubah dari mula kewujudan
Sehingga habis hayatnya bernafas
Akibat rombakan pembangunan lestari
Janji dunia yang ingin membangun diri
Di laluan ini juga
Aku dan dirimu sentiasa lalu
Seiring denyut nadi yang bertawaf kenchang
Terkadang terkandas melonglai lemah empunya diri
Ramai yang terus terhenti tak mahu berganjak
Akibat tak endah tak cinta tak rindu
Pada jalan penuh jasa seluhur budi
Di laluan ini kita sering menyapa
Bergembira berseloka tentang nafsi
Tapi apakah semua itu turut sama dirasai
Oleh pandangan penunggu jalanan ini
Hati-hati melalui jalan ini kawan
Hati-hati mengguna ia sebagai jambatan abadi
Walau terelak dari runtuhan awan
Belum tentu terselamat dari simbahan air jalanan
Jangan dihampiri rapat jalan ini
Jika takut diri dibasahi
Basahnya mustahil untuk diredakan
Oleh hawa panas dunia biasa
Melainkan kau ketemu mentari
Asalnya
Asalnya
Menghapus segala basah yang ada

No comments:
Post a Comment