Monday 23 June 2014

Licentia Poetica

PENYIMPANGAN BAHASA (LICENTIA POETICA) Beberapa penyimpangan bahasa menurut Geoffrey Leech, sering dijumpai dalam puisi iaitu seperti berikut: i. Penyimpangan Leksikal.Kata-kata yang digunakan dalam puisi menyimpang daripada kata-kata yang kita gunakan dalam hidup sehari-hari. Penyair memilih kata-kata yang sesuai dengan pengucapan jiwanya ataupun kata-kata itu disesuaikan dengan tuntutan estetik. Misalnya: mentari, pepintu, keder, leluka, ngiau, barwah, maruah dan sebagainya. ii. Penyimpangan Semantis. Makna dalam puisi tidak merujuk pada satu makna sahaja tetapi kadang-kadang menonjol pada makna ganda atau makna dalaman. Makna kata-kata tidak selalunya sama dengan makna dalam syair yang ditulis oleh penyair lainnya. Kata ‘sungai’ bagi penyair yang berasal dari daerah banjir akan dikonotasikan dengan bencana, sementara para penangkap ikan dan penambang akan menyebutnya sebagai sumber penghidupan. Begitu juga dengan makna universial. iii. Penyimpangan Bunyi.Bagi kepentingan rima, penyair sering mengadakan penyimpangan bunyi. Dalam puisi Amir Hamzah dan Chairil Anwar bertajuk “Aku”, kata ‘perih’ diganti dengan ‘peri’. Dalam puisi lamanya, kata ‘menggigil’ diganti ‘menggigir’, kata ‘melayang’ diganti dengan ‘melayah’ dan sebagainya. iv. Penyimpangan Morfologi. Penyair sering melanggar kaedah morfologi secara sengaja. Istilah lelawa, mungkret, mangkal, nangis, gerayani dan sebagainya adalah contoh penyimpangan morfologi. v. Penyimpangan Sintaksis. Sudah dijelaskan kata-kata dalam puisi bukan membangunkan kalimat, namun ia membangunkan larik-larik. Sering pula sulit mencari kesatuan mana yang dapat kita sebut satu kalimat dalam puisi. Baris-baris puisi ini tidak harus membangunkan kalimat kerana makna yang dikemukakan mungkin lebih luas daripada satu kalimat tersebut. vi. Penggunaan Dialek Penyair ingin mengungkapkan isi hatinya secara khusus lagi tepat. Pengucapan isi hati dengan menggunakan bahasa Malaysia baku dirasakan belum mewakili ketetapan maksud itu. Sebab itu, penyair menggunakan kata-kata yang menyimpang daripada Bahasa Malaysia yang bersih daripada dialek. Para penyair mutakhir banyak menggunakan dialek kelompok bahasa daerah tertentu dalam masyarakat. Sering kali dialek ini tidak diketahui secara luas oleh pembaca. Apalagi apabila kata atau frasa itu diambil daripada bahasa daerah. vii. Penyimpangan Historis.Penyimpangan historis berupa penggunaan kata-kata kuno yang sudah tidak digunakan lagi dalam kehidupan sehari-hari. Penggunaannya dimaksudkan bagi meninggikan nilai estetik. Misalnya penyair Amir Hamzah, Usman Awang dan Shamsuddin Jaafar. viii. Penyimpangan Grafologis.Ketika menulis kata-kata, kalimat, larik dan baris, penyair sengaja melakukan penyimpangan daripada kaedah yang biasa berlaku. Huruf besar dan tanda-tanda baca tidak digunakan sebagaimana mestinya. Hal ini digunakan penyair bagi memperoleh efek estetik. Penyimpangan sistem tulisan tersebut disebut penyimpangan grafologis.

 Sumber: TEORI DAN STRATEGI PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU OLEH: DR. HAJAH SITI KHARIAH BINTI MOHD. ZUBIR JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU, FAKULTI BAHASA, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Cermin malam


Kutatap diriku sendiri

Sepanjang masa hayat terhembus

Dihadapan  cermin cereka

Yang sedang melakon aksi



Aku lihat aku didalamnya

Tegar bergerak berbicara

Tak jemu tak lesu

Dunia ini seakan dimiliki



Terdetik satu panahan

Merasuk kedalam qalbu yang dalam

Apakah aku sebenarnya

Dikeheningan malam mendingin

Berseorangan menatap cermin



Terus memantulkan aku

Kenapa masih tidakku sadar

Padahal jelas ia dihadapan

Wahai hati kejamnya kamu



Cermin malam ini menunjuki

Siapakah aku sebenarnya

Yangku cari selama ini

Ia ada disini.



26 jan 2012

Thursday 19 June 2014

Kutunggu



Diam-diam ubi berisi

Diam-diamku terisi

Dikau yang ku damba selama ini

Semakin dekat menghampiri



Menanti ku yang pasti

Isi hatiku dikau yang cari

Gelora jiwa tak terperi

Bagai menahan tusukan besi

Dari bilah pedang yang azali



Harapku mentari kekal sinranya

Lautan pasang surutnya

Mekar hujau daunnya

Nyalanya api terus membara

Qalbuku menghembus huhunya



Oh jiwa satukan rasa

Oh cinta satukan aku

Kau kekasih milikku

Aku kekasih milikmu

Kita berdua bersama selamanya

Takkan pernah terpisah

Takkan pernah melupakan

Walau aku yang menjauh

Dikau kasih setia menanti

Tetap utuh cinta bersemi



Maafkan andaiku lalai

Cinta ini berarti buatku andai malap Serinya apalah adanya aku

Ibarat lautan hilang masinnya



Kekallah dikau dalam dakapanku

Sehingga waktu tak berpenghujung

Walau dunia dijanji syurga

Hadiah teguh lafaz berjanji

Takkan kutagih walau seinci

Cukup sekadar cintamu kulazimi.

Dikau hakiki dikaulah dicintai

Sangkar Cinta


Aku tubuh kembara

Yang pasti diarahnya

Gila mencari hala tuju

Mengapa masih sering terlanjur salah



Aku tubuh merdeka

Tersumpah seawalku ada

Dibekal nakhoda sunnah azimat

Bekalan merahmat usia

Mengapa masih kekal dipenjara

Ketika pilihanku boleh bebas



Aku tubuh berjuang

Disangkar dunia coretan nafsu

Berundurlah tentera abrahah

Menanti masa kembali menyerang

Sedikitku menjeling

Sudah menggairahkan iblis

Melemah seanggotaku mentaati



Aku hanya sekujur tubuh

Disangkar dunia bakalan hancur

Ditempa tanpa anak kuncinya

Rela atau tidak kuterpaksa

Sehingga dijemput keluar atau dipaksa

Dari kerangkeng keramat

membawa rahmat atau azab

penyudahnya pasti meredhoi.




14/5/2013

Pabila Alam Bersabda



Detik-detik nestapa
Tak berpeluang masa bernafas
Tak sempat menahan rasa
Derita telah disabda
Sedari awal terbitnya
Janji takkan dapat diubah arah



Hiruk pikuk sedunia
Kedengaran sebingit guruh
Segalak penasaran tsunami
Walau hanya mengejar musim
Yang terbit berkala beraturan
Lupakah dunia ini bertuan



Nyatanya jihad bagimu
Nyatanya anugerah bermakna
Takdir disatu dalam kecamuk
Tanda berwarna merah itu
Bersaksi dihadapan walimu
Sejahteralah kaulah pilihan



Sabda agung satukan rasa
Kau tak kenal derita bunyinya
Menyelamlah ke lautan azimat
Sejuk membeku seantero jasad
Disitukan temui wajah asal
Tenang mendamai pasti kau julang



Musnah segala kelopak bangsa
Buat pertahanan kelangsungan
Terpacul peluru meredah ruh dan jasadi
Terkesan epilog berkelam sejarah
Jangan dipandang sebegitu rupa
Ulat tak guna bakalan menjadi
Makhluk terindah penawar duka



Gilanya angkara pemusnah
Merobek meratah memangsa
Menindas makhluk seperti mereka
Takkan ada pengakhirannya
Kesudahannya ke jahannam
Dan engkau bagaimana?



Dedikasi Aksara memilu Mesir

15 Ogos 2013